“SCIENCE EXPLORATION” DEDAH MINAT AWAL PELAJAR

20160309233827

KUALA KRAI, KELANTAN, 9 Mac 2016 – Penekanan kepada pembelajaran yang berkonsepkan aktiviti luar kelas dianggap lebih praktikal dan bermanfaat bagi membantu para pelajar memahami, mendalami dan meningkatkan minat terhadap pembelajaran Sains dan Matematik.

Menurut Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, Mohd Fauzi Che Omar, hal ini penting sebagai dorongan utama kepada pelajar.

Katanya lagi, program seperti Eksplorasi Sains memberi pendedahan aplikasi Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian kepada  pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan pencapaian para pelajar dalam subjek Sains dan Matematik.

20160309233835

Beliau berkata demikian ketika merasmikan "Science Exploration" yang diadakan di sini selama 5 hari dianjurkan oleh MRSM Kuala Krai dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan Molekular (INFORMM) Universiti Sains Malaysia (USM) dan beberapa agensi lain sempena Minggu Sains disertai oleh 150 pelajar dan 15 orang staf INFORMM.

Melalui program ini, pelajar diberi bimbingan dan pengetahuan tentang dunia keusahawanan dan membina kreativiti yang dapat membuka peluang dan minat pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi.

Sementara itu peserta program, Ira Fatin Irwayu Mohd Zaki berkata, dengan adanya program sains ini dia dapat menerokai pelbagai  aktiviti yang lebih memberi kefahaman dan meningkatkan minat terhadap Sains dan Matematik yang diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk mendapat lebih banyak ilmu berkaitan dengan sains.

20160309234250

Seramai 150 pelajar terlibat secara langsung dengan pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh INFORMM USM antaranya eksperiman DNA dan pameran kanser.

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.