22 ACARA SUKAN MERIAHKAN PESTA SUKAN MEDSOC 2016

KUBANG KERIAN KELANTAN, 8 Mac 2016 – Persatuan Sains Perubatan (Medsoc)  menganjurkan Pesta Sukan Persatuan Sains Perubatan 2015/2016 yang merupakan program sukan tahunan bagi mahasiswa dan mahasiswi Medsoc di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, 22 acara sukan dan permainan yang dipertandingkan dalam pesta sukan ini berjaya mewujudkan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri pelajar bagi membuka peluang untuk mereka bergiat aktif dalam bidang sukan.

“Antara acara yang dipertandingkan ialah badminton perseorangan lelaki yang dimenangi oleh Chong Wei Hung (pelajar tahun 3) manakala badminton perseorangan perempuan dimenangi oleh Tabhita Shirani (pelajar tahun 4).

“Selain itu, pertandingan catur turut diadakan dan dimenangi oleh Faiz Daud (pelajar tahun 1) serta perlawanan futsal dan frisbee antara pelajar dan staf,” ujarnya semasa merasmikan majlis penutup program tersebut.

Menurut Ahmad Sukari, secara keseluruhan pertandingan ini dimenangi oleh pasukan Kaiser dengan kutipan mata tertinggi diikuti pasukan Avicenna di tempat kedua dan E.Coli tempat ketiga.

Ahmad Sukari turut menyatakan rasa kagum beliau terhadap kewibawaan yang ditunjukkan oleh pelajar kerana mampu menggerakkan dan menjayakan program tahunan ini dengan jayanya.

“Program sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat mengasah bakat seterusnya melahirkan pelajar perubatan yang holistik” jelasnya lagi.

Pesta Sukan Persatuan Sains Perubatan 2015/2016 berlangsung pada 14 hingga 20 Februari yang lalu mendapat maklumbalas positif dari pelbagai pihak dengan penganjuran aktiviti yang berjalan lancar.

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.