"AMALAN TQM MAMPU PACU KECEMERLANGAN USM," KATA TOKOH KUALITI

KUBANG KERIAN, 2 Februari 2016 - Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang dipraktikkan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan merupakan konsep yang merujuk kepada sistem pengurusan yang berkualiti dari sudut mengutamakan kehendak dan keperluan serta kepuasan pelanggan dalaman mahu pun luaran.

Menurut Penyelaras Kualiti USM, Dr. Mary Abraham, yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Tokoh Kualiti 2015, amalan Kualiti Menyeluruh yang diamalkan oleh USM ketika ini menjadikannya salah sebuah agensi yang mempunyai  sistem pengurusan yang cekap dan efisien.

"Dengan pelaksanaan pengurusan kualiti menyeluruh ini, telah menjadikan satu anjakan paradigma supaya fungsi dan tanggungjawab kakitangan dan organisasi  mampu pergi lebih jauh dan cemerlang dalam melaksanakan budaya kerja serta amalan dalam yang positif dalam diri serta organisasi sebagai sebahagian proses perubahan atau transformasi dalam budaya kerja ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab yang ada," kata Mary Abraham.

Tegasnya, pengurusan kualiti menyeluruh perlu dilaksanakan secara berterusan dengan merujuk kepada satu sistem kerja sebelum, semasa dan selepas satu-satu tanggungjawab atau tugas dilaksanakan malah untuk  masa akan datang juga perlu sama seperti sebelumnya bagi memastikan bentuk tugas dan layanan kepada pelanggan sentiasa berterusan dan sama serta adil.

"Amalan pengurusan kualiti menyeluruh ini juga melibatkan semua peringkat kakitangan dari ketua jabatan hinggalah kakitangan bawahan dari segi sokongan, kerjasama, perancangan organisasi, pelaksanaan aktiviti, penilaian semua aspek serta dalam memberi pandangan atau pendapat yang berkaitan dengan kepentingan organisasi tersebut," jelasnya lagi.

Sepanjang Mary Abraham menerajui Sekretariat Kualiti USM Kampus Kesihatan ini, pelbagai pengiktirafan telah dicapai oleh USM seperti MS ISO 9001:2008, Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S dan banyak lagi. USM juga mengorak langkah dalam menerajui inovasi dengan memperkenalkan pelbagai alatan atau perkhidmatan yang berteraskan inovasi yang telah memberi penjimatan jutaan ringgit.

"Saya amat berharap agar pembudayaan berkualiti ini terus tersemai di jiwa warga USM dan terus mengamalkannya agar USM sentiasa dapat memacu kecemerlangan," kata Mary Abraham.

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.