ARAHAN AWAL PERUBATAN SEBELUM MENGHADAPI KEMATIAN

Kota Bharu, 26 Mei 2015– Arahan awal perubatan ialah dokumen undang-undang yang ditandatangani oleh pesakit bagi menerima atau tidak menerima sebarang rawatan luar biasa semasa menghadapi saat kematian. Dokumen ini disediakan oleh pesakit sewaktu masih sihat lagi.

Kemajuan baru dalam ilmu perubatan dan teknologi mewujudkan pilihan bagi pesakit menyediakan penjagaan kesihatan. Namun, bagi yang ingin melalui proses kematian secara semulajadi, mereka juga boleh menentukan kehendak, menukar dan mengemaskini dokumen bagi memastikan doktor yang merawat menurut etika dan perundangan sebagaimana yang dikehendaki pesakit.

Menurut Pensyarah Perubatan Kanan, Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Rosniza Abdul Aziz, kelebihan teknologi perubatan moden boleh melanjutkan nyawa di tahap akhir pesakit yang diambang kematian, namun proses kematian tidak boleh dihentikan.

“Penyakit yang membawa maut ditakrifkan dalam akta ini sebagai satu keadaan yang tidak boleh disembuhkan disebabkan kecederaan atau penyakit yang tiada harapan untuk pulih walaupun langkah-langkah luar biasa dilakukan untuk mengekalkan nyawa pesakit.

“Langkah-langkah luar biasa ini hanya bertindak menangguhkan ajal bagi pesakit sahaja contohnya seperti bantuan alat penafasan,” katanya semasa menjadi tetamu rancangan Doktor Di Radio di Konti Kelantan FM baru-baru ini.

Tambahnya, arahan awal perubatan boleh diwakilkan kepada waris pesakit yang berusia 21 tahun ke atas dengan mengisi borang dan menandatangani dihadapan dua orang saksi sebaik-baiknya dikalangan saudara atau keluarga pesakit.

“Pesakit atau waris pesakit juga boleh membatalkan arahan awal perubatan dengan cara mengisi borang pembatalan.

 

“Maklumat lanjut mengenai arahan awal perubatan boleh didapati dari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://moh.gov.sg atau dengan menghubungi talian 63259163 serta bertanyakan doktor anda mengenainya,” jelasnya lagi.

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.