227 ORANG PELAJAR BAHARU SARJANA PERUBATAN DAFTAR DIRI

untitled 21

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Jun 2015 - Seramai 227 orang pelajar baharu Sarjana Perubatan (M.Med) Sidang Akademik 2015/2016 Universiti Sains Malaysia (USM) mendaftar diri di sini mulai semalam serta mengikuti program dan menjalani Program Suai Kenal hari ini yang akan berakhir esok.

Dari jumlah tersebut, 212 orang adalah Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan tajaan Hadiah Latihan Persekutuan dan 9 orang Pensyarah Pelatih daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan 6 orang calon dari luar negara telah mendaftar diri.

untitled 22

untitled 23

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Profesor Dr. Ahmad Sukari Abdul Halim, ini adalah jumlah terbesar pengajian calon ijazah Sarjana Perubatan yang mendaftar diri setakat ini.

Keseluruhannya seramai 992 orang pelajar mengikuti ijazah tersebut pada masa ini dengan jumlah doktor pakar yang dihasilkan sejak tahun 1992 ialah seramai 1,935 orang. Pada masa ini juga seramai 80 orang calon ijazah Ph.D dakam bidang perubatan sedang mengikuti pengajian di sini.

"Kita berharap agar semua mereka akan menjadi pakar yang mempunyai tahap profesionalisme dan beretika tinggi dan mengambil "ownership" program latihan kepakaran yang mampu membawa kebanggaan kepada negara menandingi program yang ditawarkan di luar negara," kata Ahmad Sukari.

untitled 20

Program suai kenal yang diadakan diisi dengan beberapa siri ceramah dan lawatan untuk membolehkan calon-calon melihat dari dekat kemudahan yang ada, makmal dan juga Hospital USM.

Pengajian Sarjana Perubatan USM meliputi pelbagai disiplin kepakaran perubatan iaitu Sarjana Perubatan [Anestesiologi, Obstetrik & Ginekologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Ortopedik, Pediatrik, Perubatan Kecemasan, Perubatan Keluarga, Perubatan Penyakit Dalam, Psikiatri, Radiologi dan Surgeri], Sarjana Surgeri [Surgeri Neuro dan Surgeri Plastik] dan
Sarjana Patologi [Genetik Perubatan, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan, Patologi Anatomik, Immunologi Klinikal dan Patologi Kimia].

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.