AIDA SYAZWANI DINOBAT ANUGERAH PEGAWAI KADET SISPA TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN

UUM SINTOK, KEDAH, 6 Ogos 2017 – Berpegang teguh kepada prinsip amanah, bertanggungjawab dan komited terhadap tugasan yang diberi merupakan kunci utama kejayaan bagi salah seorang penerima Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA), Aida Syazwani Ruslan sempena Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2017.

calon SISPA UUM

Pelajar pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Pemakanan dan Nutrisi), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM itu nyata gembira dengan penganugerahan tersebut selain menganggapnya sebagai pencapaian yang tidak disangka sepanjang tiga tahun menyertai badan beruniform berkenaan.

“Saya rasa sangat berbaloi apabila kemuncaknya pada hari ini, saya dianugerahkan Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik. Kejayaan ini adalah berkat dorongan dan doa ibu dan ayah saya serta saya percaya bahawa setiap kerja keras yang dilakukan sekiranya bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil,” katanya.

Tambah Aida, kejayaan itu juga diperoleh hasil usahanya yang sentiasa mendengar arahan jurulatih dan buat yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberi.

“Perubahan positif berlaku apabila saya menyertai Kor SISPA ini antaranya saya lebih berkeyakinan apabila bercakap di hadapan khalayak, penampilan lebih kemas dan berani mengambil tanggungjawab untuk membantu selagi termampu.

“Selepas ini mungkin tanggungjawab lebih besar bakal digalas, namun saya komited untuk terus berbakti kepada masyarakat,” jelasnya lagi.

15 KOR SISPA

Menurut Aida, menyertai Kor SISPA memerlukan komitmen yang tinggi dalam membahagikan masa antara kuliah dan kokurikulum, namun kerana minat yang mendalam perkara tersebut dapat diatasi.

Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2017 ini mentauliahkan sejumlah 660 Pegawai Kadet SISPA dan melibatkan seramai 15 orang pelajar daripada Kampus Kesihatan USM.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.