'MEMORY WALK’ PUPUK KESEDARAN TENTANG PENYAKIT DIMENSIA DAN ALZHEIMER

USM, KELANTAN, 23 September 2017 - Demensia merupakan istilah yang digunakan untuk menjelaskan penurunan fungsional yang seringkali disebabkan oleh kelainan yang terjadi pada otak.

Demensia adalah kumpulan penyakit dengan gejala yang mengakibatkan perubahan pada pesakit dalam cara berpikir dan berinteraksi dengan orang lain.

Alzheimer pula merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.  Alzheimer terjadi apabila daya ingatan seseorang merosot dengan teruk sehingga pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

memorywalk2

Pengarah Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dalam ucapannya semasa merasmikan Program ‘Memory Walk 2017 : A Walk To Remember’ berkata, program tersebut diadakan untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat tentang penyakit demensia serta menunjukkan sokongan kepada pesakit-pesakit demensia serta penjaga mereka.  

“Program ini juga merupakan satu platform untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan rawatan penyakit demensia yang ditawarkan di USM khususnya dan di negeri Kelantan amnya.

“Selain itu, program ini juga boleh dijadikan landasan untuk mengetengahkan kumpulan-kumpulan sokongan serta organisasi-organisasi yang boleh memberi pertolongan dan khidmat kepada pesakit demensia serta keluarga mereka,” ujarnya di hadapan kira-kira 500 peserta yang menyertai program ini di Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan USM, hari ini.  

memorywalk3

Sukari berkata, apabila umur semakin panjang, maka sudah tentu kebarangkalian untuk mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan umur tua semakin tinggi dan kita semua juga akan berhadapan dengan cabaran yang sama termasuklah penyakit demensia.  

“Oleh sebab itu, kita sangat memerlukan program seperti ‘Memory Walk’ ini untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat supaya lebih cakna tentang penyakit demensia.  

“Program seperti ini juga boleh membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah ini atau yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk menanganinya atau tidak tahu bahawa USM ada menawarkan khidmat untuk pesakit-pesakit demensia,” jelasnya lagi.  

memorywalk4

Menurut Sukari, lazimnya masyarakat kita sering menganggap masalah nyanyuk sebagai sebahagian daripada proses penuaan dan biasanya tidak akan mendapatkan rawatan untuk membantu ahli keluarga mereka yang menghidap penyakit ini..  

“Bagi pesakit-pesakit Hospital USM serta para penjaga yang bekerja keras untuk menjaga pasangan atau ibu bapa yang mempunyai penyakit demensia ini, diharapkan program seperti ini dapat memberi kekuatan kepada anda dalam menghadapi situasi serta cabaran untuk menguruskan mereka,” katanya.  

Teks : Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Aziz Latif

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.