30 TAHUN : IMBAU SEJARAH PERMULAAN BERSAMA KOMUNITI

BACHOK, KELANTAN, 23 September 2017 – Program bersama komuniti yang dianjurkan bekas pelajar kumpulan kedua Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) di Masjid Mukim Senok berjaya mengimbau kembali kenangan ketika menjadi pelajar USM 30 tahun yang lalu.

Program yang melibatkan aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada komuniti setempat serta ceramah kesihatan ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan taraf kesihatan penduduk setempat.

1reunion

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ‘2nd Batch 30 Years Reunion’ yang juga Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Noor Haliza Yusoff berkata, ‘reunion’ ini diadakan untuk menyambung kembali tali silaturrahim antara bekas pelajar dan pengajar di samping menjadi medium untuk mengucapkan terima kasih dengan memberi khidmat semula kepada masyarakat (give back to society).

“Reunion ini bermula pada 22 September dengan aktiviti yang melibatkan pelajar dan bekas pelajar PPSP berkumpul bagi sesi pembentangan dan perbincangan bertemakan ‘Back to School’ yang diadakan di Kampus Kesihatan USM.

“Program kali ini juga merupakan antara yang terbesar pernah kami anjurkan termasuk mengadakan program khidmat masyarakat serta memberi sumbangan kepada asnaf yang terpilih di daerah Bachok,” katanya.

Menurut Noor Haliza, walaupun sudah 30 tahun meninggalkan USM, namun memori ketika melakukan aktiviti kemasyarakatan masih kuat malah ada di antara mereka sanggup datang dari jauh bagi marasai pengalaman yang sukar dilupakan itu.

1reunion2

“Program ini juga mengimbau kenangan kami semasa menjalankan program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK) yang kini masih wujud di PPSP kerana pertemuan kami sebelum ini tidak pernah melibatkan komuniti luar,” katanya.

Tambah Haliza lagi, walaupun hanya 25 orang bekas pelajar hadir bagi program khidmat komuniti ini, namun penduduk yang datang mendapatkan rawatan secara percuma amat memberangsangkan di samping jamuan yang turut disediakan kepada penduduk.

Teks/Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.