'SCIENCE FOR SCHOOL: INSPIRING YOUNG SCIENTIST' TARIK MINAT PELAJAR DEKATI BIDANG SAINS KESIHATAN

sainsforschool

KUBANG KERIAN, 27 September 2017 - Sebanyak 10 buah sekolah menengah di sekitar Kota Bharu telah terpilih menyertai program ‘Science for School: Inspiring Young Scientist’ anjuran Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan baru-baru ini.

sainsforschool1


Program tersebut diadakan untuk memupuk serta menarik minat pelajar Tingkatan empat terhadap bidang sains dan pada masa yang sama memberi pendedahan kepada para pelajar tentang persekitaran intelektual Universiti Sains Malaysia.
Program sehari ini melibatkan kombinasi ceramah motivasi serta aktiviti-aktiviti sains yang interaktif dan menyeronokkan melalui eksperimen ‘hands-on’ berskala kecil.

sainsforschool2


Melalui aktiviti sains ini, para guru dan pelajar diberi peluang merasai pengalaman bekerja di makmal dan seterusnya dapat menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang sains kesihatan.

Seramai 50 peserta telah mendaftarkan diri termasuk wakil guru daripada setiap sekolah.

sainsforschool3


Program “Science for School” pada kali ini melibatkan penyertaan daripada 10 buah sekolah berprestasi tinggi di sekitar Jajahan Kota Bharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab, Maktab Sultan Ismail, Sekolah Menengah Ahmed Maher, Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat, Sekolah Menengah Kubang Kerian, Sekolah Menengah Kota, Maahad Muhammadi (Lelaki), Maahad Muhammadi (Perempuan) dan Maahad Pengajian Islam.


Teks & Foto: Nurul Asma Abdullah & Lailatul Hafiza Abdul Rashid

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.