‘EAST COAST BASIC ULTRASOUND COURSE @ HOSPITAL USM 2017’ BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN

ULTRASOUND3

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 September 2017 – Ultrasound umumnya dikenali sebagai ultrasonografi atau sonografi. Ultrasound biasanya digunakan untuk mendiagnosis pelbagai penyakit kerana ia memiliki kemampuan menciptakan gelombang bunyi yang akan menimbulkan gema ketika dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Gelombang-gelombang ini kemudian akan menciptakan gambar yang dapat digunakan oleh pengamal perubatan untuk mendiagnosis penyakit atau keadaan pesakit pada ketika itu.

ULTRASOUND1

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nik Min Ahmad, USM mengambil langkah proaktif memberi peluang kepada perawat seluruh Malaysia untuk belajar kemahiran dalam asas Ultrasound melalui bimbingan dari pensyarah USM dengan menganjurkan ‘East Coast Basic Ultrasound Course @ Hospital USM 2017’.

“Kecanggihan peralatan perubatan dewasa ini menuntut perawat yang lebih berkemahiran untuk mencapai keperluan malahan akan lebih menonjol jika dapat menguasai kepelbagaian bidang kemahiran dalam perawatan.

ULTRASOUND2

“Oleh yang demikian, USM cuba memenuhi permintaan pasaran dan keperluan ilmu yang diperlukan oleh para perawat setempat. Memandangkan kurangnya input untuk perawat sekitar pantai timur, USM mengambil inisiatif mengadakan kursus ini sebagai salah satu saluran menyampaikan ilmu dan maklumat terkini seiring dengan kecanggihan teknologi,” katanya semasa merasmikan kursus tersebut di Auditorium Jabatan Trauma dan Kecemasan, di sini.

Nik Min berkata, kursus sehari ini akan mengupas beberapa topik seperti ‘Introduction of POCUS and Kobology, ‘Basic ECHO’, ‘Lung Ultrasound’, ‘FAST and Aorta’, ‘Abdominal Ultrasound’ and ‘Obstetric and Gynecology Ultrasound’ yang akan dibimbing oleh pakar dan pensyarah USM yang berkemahiran dalam bidang masing-masing.

ULTRASOUND

“Kursus sebegini wajar diteruskan lagi pada masa akan datang untuk kepentingan para perawat sebagai platform untuk membantu melengkapkan ilmu dan kemahiran bagi meningkatkan kredibiliti serta kualiti dalam perawatan pesakit masa sekarang dan akan datang.

“Kursus ini juga memberi input kepada para perawat untuk memahami prinsip asas ultrasound selain membezakan temuan biasa dan temuan-temuan lain dengan menggunakan alat yang sesuai untuk bahagian-bahagian badan tertentu,” ujarnya lagi.

Yang turut hadir dalam majlis ilmu ini ialah Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan USM, Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Abd Rahman, Timbalan Pengarah Unit Sokongan Klinikal Hospital USM, Dr Mohammad Rosdi Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa ‘East Coast Basic Ultrasound Course @ Hospital USM 2017’, Dr Mohammad Zikri Ahmad.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.