'RAMADHAN BY DESIGN' PEMANGKIN KEPADA PERUBAHAN

ramadhan 2 2

USM KUBANG KERIAN, 23 Mei 2017 - Ganjaran pahala yang berganda di bulan Ramadhan sepatutnya menjadi motivasi untuk meningkatkan amalan kebajikan termasuk prestasi kerja sewaktu di pejabat.

Bercakap semasa pelancaran Program Ihya' Ramadhan 1438H Peringkat Kampus Kesihatan, Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, kita perlu mencontohi Rasullullah S.A.W dan para sahabat yang tetap bersemangat bekerja di bulan Ramadhan termasuk menyertai misi peperangan.

ramadhan 2 1

"Warga kampus tidak seharusnya menjadikan alasan letih untuk melambat atau menangguhkan sesuatu kerja tetapi sepatutnya tetap meneruskan produktiviti sebagaimana bulan-bulan biasa.

Sukari turut menegaskan Program Ihya' Ramadhan yang bertemakan 'Ramadhan by Design' pada kali amat berbeza kerana ia direkabentuk untuk memberi hasil atau impak yang meluas kepada seluruh warga kampus dengan menjadikan madrasah Ramadhan sebagai pemangkin perubahan yang lebih baik bagi menghasilkan ummah terbaik dalam semua aspek kehidupan.

ramadhan 3

"Adalah diharapkan aktiviti yang dirancang oleh Pusat Islam sepanjang Ramadhan ini dihebahkan kepada seluruh warga kampus agar dapat bersama-sama membantu menjayakan, menyumbang tenaga, menderma untuk tabung Ihya' Ramadhan dan pelbagai lagi bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini", tambah beliau.

Pada majlis tersebut juga, beliau turut melancarkan Tabung Ihya' Ramadhan di mana sumbangan yang diterima akan digunakan untuk menyediakan jamuan berbuka puasa kepada pelajar, peneman pesakit serta kariah Masjid Kampus Kesihatan di samping memberikan bantuan kepada anak yatim dan keluarga miskin.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Islam USM, Profesor Madya Dr Sofri Yahya, Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr Wan Nudri Wan Daud serta warga kampus.


Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid
Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.