MARATHON PERSEMBAHAN MUZIK 48 JAM USM PADAMKAN REKOD TERDAHULU - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

MARATHON PERSEMBAHAN MUZIK 48 JAM USM PADAMKAN REKOD TERDAHULU

mbor1

USM KUBANG KERIAN, 24 November 2018 - Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan melakar sejarah apabila Marathon Persembahan Muzik 2018 selama 48 jam tanpa henti mendapat pengiktirafan Malaysia Books Of Record.

Program anjuran Symphony Orchestra USMKK tersebut bukan sekadar memperdengarkan irama muzik dari pelbagai instrumen malahan turut diserikan dengan tarian serta nyanyian oleh pelajar-pelajar USM yang terdiri daripada pelajar-pelajar Perubatan, Pergigian dan Sains Kesihatan.

mbor3

Menurut Pengarah Program, Loe Pei Yu, seramai 200 peserta terlibat dalam persembahan selama dua hari yang dilangsungkan di Dewan Utama.

"Dalam marathon ini, semua peserta yang terlibat diberi kebebasan untuk memilih sendiri bentuk persembahan manakala setiap persembahan adalah berterusan serta berselang-seli antara instrumental, nyanyian dan tarian", ujarnya.

mbor4

Apa yang lebih istimewa program ini turut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan (JKKN), Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), Pertubuhan Jalinan Anak Seni Teater, Tari dan Sastera Kelantan (Jastera), Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chengal, ahli muzik dari seluruh negeri Kelantan, Josephine Music School dan Ipoh Philharmonic Players. Mereka turut tampil membuat persembahan sepanjang perkiraan masa berlangsung bagi menghangatkan suasana.

Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr Adam Husein mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan menerima sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbiran dan Penolong Penyelidikan, Malaysia Book of Records, Nurul Syahirah Mohd Yusof.

mbor2

Dengan pengiktirafan tersebut USM berjaya memadamkan rekod yang pernah dibuat sebelum ini iaitu selama 39 jam.

Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu, ialah Pengarah NEXUS Perubatan dan Sains Kesihatan, Profesor Dr Nik Soriani Ya'acob dan tetamu-tetamu jemputan. Persembahan terakhir oleh Symphony Orchestra USMKK mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja masa perkiraan di skrin ditamatkan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 Disember 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown