LEPTOSPIROSIS WABAK ZOONOTIK YANG PERLU DICEGAH

TANAH MERAH, KELANTAN, 15 Disember 2018 - Leptospirosis atau lebih dikenali dengan Kencing Tikus merupakan wabak yang menjangkiti manusia melalui bakteria 'Leptospira' daripada haiwan dan dikategorikan sebagai sejenis penyakit berjangkit zoonotik.

dr aziah

Menurut Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Aziah Daud, masyarakat perlu sedar, Leptospirosis bukan disebabkan oleh tikus sahaja sebagaimana anggapan mereka selama ini.

"Masyarakat lebih mengenali leptospirosis sebagai kencing tikus dan beranggapan penyakit tersebut disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh tikus sahaja sedangkan tafsiran itu salah kerana leptospirosis boleh dijangkiti daripada haiwan-haiwan lain yang bertulang belakang seperti kucing, lembu, anjing dan sebagainya.

IMG 9033

"Bakteria leptospira menjangkiti manusia melalui organ-organ badan seperti mata, mulut serta luka atau kudis yang terdedah kepada air dan tanah yang tercemar dengan bakteria tersebut", ujar beliau semasa ditemubual di Majlis Perasmian program 'Let's Get To Know Lepstopirosis' di Masjid Kampung Panglima Bayu, di sini anjuran Malaysia One Health University Network (MyOHUN) dan Persatuan Sains Perubatan USM (MEDSOC).

Aziah yang juga Penasihat MyOHUN USM berkata, pihak Agensi Amerika Syarikat untuk perkembangan antarabangsa (USAID) telah memberikan dana sebanyak RM8,700 kepada MyOHUN untuk melaksanakan aktiviti berkaitan kesedaran penularan wabak zoonotik kepada masyarakat.

IMG 9017

"Pemilihan Kampung Panglima Bayu sebagai lokasi program ini adalah berkaitan dengan peratusan kes yang dicatat di negeri Kelantan yang mana Daerah Tanah Merah antara kawasan tertinggi yang mencatatkan kes leptospirosis.

"Dengan keadaan cuaca sekarang, penyakit leptospirosis lebih mudah menular dan masyarakat perlu peka jika ada ahli keluarga yang mengalami gejala demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, sakit bahagian abdomen, cirit-birit, radang mata, batuk serta ruam, mereka perlu segera dirujuk kepada klinik atau hospital yang berdekatan", ujarnya lagi.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma termasuk mata dan gigi, kempen derma darah serta ceramah dan penerangan berkaitan leptospirosis.

IMG 9048

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Jajahan Jeli merangkap Pengerusi Masjid Kampung Panglima Bayu, Abdul Razak Deraman dan turut dihadiri oleh Imam Muda Masjid, Affendi Abdul Halim serta wakil-wakil jabatan yang terlibat.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 17 November 2019.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.