CAKNA KOMUNITI: PPSP SUMBANG KERUSI RODA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Januari 2019 – Sekretariat Libatsama Industri - Komuniti dan Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit Hospital USM, Sukri Mohamed.

Bantuan yang diberikan melalui Program “Tautan Komuniti: Bantuan Kerusi Roda” itu adalah bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan dari segi fizikal.

1ppspkomuni

Dekan PPSP, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, walaupun sumbangan itu tidak seberapa, namun diharap ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang melaksanakan program ini terutamanya Sekretariat Libatsama Industri-Komuniti dan Pelajar kerana bertindak pantas dalam menyalurkan sumbangan kepada mangsa.

“Saya juga berharap program sebegini akan dapat diteruskan pada masa hadapan dalam memberi khidmat kepada komuniti dan tidak semestinya dalam bentuk peralatan tetapi juga dalam bentuk khidmat nasihat dari pakar-pakar kita,” katanya ketika ditemubual selepas majlis penyampaian sumbangan di sini, hari ini. 

Sementara itu, anak saudara Sukri Mohamed yang mewakili beliau dalam majlis hari ini, Farah Ilanie Ahmad, 31, berkata, kemalangan di Kuala Krai pada 27 Disember lalu menyebabkan pinggang bapa saudaranya itu patah dan mengakibatkannya lumpuh dari paras pinggang ke bawah serta tidak mampu untuk berjalan dan melakukan kerja seharian.

“Kemalangan itu juga turut mengakibatkan anak sulong beliau mengalami patah di bahagian paha serta masih berulang alik ke Hospital USM untuk mendapatkan rawatan.

“Saya amat berterima kasih kepada USM kerana prihatin terhadap nasib keluarga pakcik saya dan turut memberi khidmat nasihat kepada kami serta dorongan kepada beliau untuk cepat pulih,” katanya.

Tambah Farah, beliau juga akan berusaha membantu keluarga bapa saudaranya itu untuk memohon bantuan dari Unit Kebajikan Perubatan Hospital USM dan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga mereka memandangkan isteri mangsa baru dua bulan bersalin selain turut mempunyai lima lagi anak yang masih belajar.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 18 Jun 2019.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.