LAMAN RASMI KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

PERPUSTAKAAN BERGERAK PERTAMA UNTUK PESAKIT KANAK-KANAK

KUBANG KERIAN, 21 Mei 2015 - Perpustakaan bergerak merupakan perkhidmatan penting sebagai wadah ilmu kepada masyarakat. Untuk mendekatkan buku dengan orang ramai khususnya pesakit, Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan Univerisiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Hospital USM mengambil inisiatif merangka program Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak (Mobile Library).

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Mohamad Rosdi Abdul Rahman, ini merupakan perpustakaan bergerak pertama diwujudkan di hospital seluruh Malaysia yang mula memberi perkhidmatan sejak 21 April 2013 di tiga Wad Pediatrik iaitu 6 Selatan, 6 Utara dan 2 Selatan.

Perpustakaan bergerak 1 

"Sehingga Januari 2015, sebanyak 9,337 transaksi pinjaman buku oleh pesakit pediatrik dan peneman-peneman telah direkodkan sepanjang aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Ahad setiap minggu yang diharapkan membantu mengurangkan tekanan dalam diri pesakit dengan penyakit yang dihidapinya selain menerima perubahan baru untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti membaca," katanya ketika merasmikan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Ruang Legar Tingkat Enam, Hospital USM hari ini.

Tambahnya, perpustakaan bergerak ini juga bertujuan memupuk minat membaca dan menghargai ilmu dalam kalangan kanak-kanak sejak di peringkat awal lagi bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya.

Perpustakaan bergerak 2

"Pepatah ini memberi pesanan kepada kita supaya memberi didikan dan tunjuk ajar yang baik sejak dari awal lagi supaya perkara tersebut berterusan sehingga dewasa di samping menggalakkan pembaca cilik membaca tanpa mengira keadaan mereka, sama ada sihat ataupun sakit serta lebih seronok  berada di wad sepanjang hari bagi menjalani rawatan terutama apabila peneman membacakan cerita-cerita yang menarik untuk mereka yang juga mampu mengubat kesakitan dan kesunyian yang dialami mereka," jelas Mohamad Rosdi.

Perkhidmatan yang dijalankan secara percuma dan sukarela ini membantu golongan terkebawah yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat luar bandar dalam mengurangkan jurang ilmu dan maklumat dalam kalangan masyarakat hasil daripada ledakan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang pesat.

Perpustakaan bergerak 3

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Hamdan Tahir Kampus Kesihatan USM Engku Razifah Engku Chik, Ketua Penolong Pengarah Klinikal Hospital USM Dr Tengku Mastura Tengku Mohd, pakar-pakar Pediatrik serta pengurusan tertinggi Unit Kejururawatan Hospital USM.

Terkini

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Sistem Dalam Talian

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Kecemasan

icon keselamatan my
icon dev my
icon ppkt my

Pengunjung

299429
TodayToday12
This_WeekThis_Week1619
This_MonthThis_Month9650

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Dasar Privasi dan Keselamatan

  • Last Update: 15 Oktober 2017.