LAMAN RASMI KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

JABATAN ANAESTHESIA DAN JABATAN PEDIATRIK ANJUR SEMINAR PENJAGAAN PALIATIF PEDIATRIK

KUBANG KERIAN, 18 Mei 2015 - Menyedari kepentingan penjagaan Paliatif Pediatrik (Palliative Care) yang menawarkan rawatan serta sokongan untuk pesakit dan keluarga, Jabatan Anaesthesia  Hospital USM dengan kerjasama Jabatan Pediatrik  menganjurkan seminar “Practical Approach to Pain in Paediatric Palliative Care: Living Life to the Full” di sini.

 Seminar tersebut dihadiri seramai 100 peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Paramedik dengan penceramah jemputan daripada Hospice and Pain Specialist, Pintung Christian Hospital, Taiwan, Dr. Neoh Choo Aun.

Ahli Jawatankuasa penganjur, Dr. Shyamala Kumar, seminar ini memberi fokus kepada peserta bagi menambah pengetahuan mengenai penjagaan dan rawatan pesakit paliatif untuk kanak-kanak (Paediatric Palliative Care) dan mengajar cara alternatif bagi meningkatkan mutu hidup pesakit paliatif di hospital dan rumah.

“Pesakit paliatif sering dikaitkan dengan penghidap penyakit yang boleh membawa maut serta dengan adanya penjagaan yang baik pesakit mampu menjadikan sisa-sisa kehidupan itu lebih tenang dan bermakna dengan menitikberatkan kepada sokongan oleh ibu bapa dan keluarga pesakit kerana mereka mungkin berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan semasa menjaga pesakit,” katanya.

Menurut Shyamala lagi, melalui seminar tersebut para peserta ditunjukkan oleh Dr. Neoh Choo Aun demonstrasi mengenai cara untuk mengurut pesakit penjagaan paliatif pediatrik.

“Melalui penjagaan paliatif, pesakit akan mendapat rawatan secara keseluruhan kerana ia bukan sahaja mengenalpasti dan merawat masalah-masalah fizikal (seperti kesakitan), tetapi juga memberi sokongan psikologi, emosi dan rohani kepada pesakit dan keluarga,” tambahnya lagi.

Terkini

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Sistem Dalam Talian

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Kecemasan

icon keselamatan my
icon dev my
icon ppkt my

Pengunjung

327759
TodayToday340
This_WeekThis_Week2281
This_MonthThis_Month6635

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Dasar Privasi dan Keselamatan

  • Last Update: 10 Disember 2017.