LAMAN RASMI KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

JURURAWAT PERLU BERSIFAT DINAMIK

KUBANG KERIAN, 18 Mei 2015 - Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan bidang perubatan yang sentiasa berkembang, jururawat perlu mengadaptasi diri mereka agar mampu bersaing pada masa hadapan yang bertepatan dengan tema Sambutan Hari Jururawat 'Nurse: A Force For Change: Care Effective, Cost Effective'.

Demikian kata Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Mustafa Mansur merasmikan  Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital USM yang diadakan pagi ini, di Auditorium Pentadbiran Hospital USM.

Tambah Mustafa, dalam memenuhi piawaian sebuah negara maju, setiap jururawat perlu bersedia melakukan penambahbaikan serta peningkatan dalam pembangunan kerjaya selaras dengan era globalisasi.

"Bagi mencapai hasrat ini, mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan bersikap sentiasa ingin berusaha meningkatkan ilmu dalam memainkan peranan dengan cekap dan berkesan kerana dengan usaha sedemikian, akan memberikan nilai tambah kepada usaha yang dibuat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga untuk institusi dan masyarakat seluruhnya," katanya.

Majlis turut diserikan dengan paluan gendang cina, bacaan ikrar dan persembahan kumpulan koir oleh Kumpulan Koir Unit Kejururawatan Hospital USM.

Turut hadir adalah Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr. Marfauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Adam Husein dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Zakaria.

Terkini

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Sistem Dalam Talian

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Kecemasan

icon keselamatan my
icon dev my
icon ppkt my

Pengunjung

267646
TodayToday140
This_WeekThis_Week3204
This_MonthThis_Month13052

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Dasar Privasi dan Keselamatan

  • Last Update: 16 Ogos 2017.