LAMAN RASMI KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

JABATAN PSIKIATRI HUSM WUJUDKAN KUMPULAN SOKONGAN KELUARGA DEMENSIA PERTAMA DI KELANTAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN 30 April 2015 - Demensia bukan sekadar nyanyuk yang sering dianalogi sebagai proses penuaan. Namun ia merupakan penyakit kemerosotan saraf yang akan mengubah personaliti seseorang individu serta memberikan impak yang besar kepada keluarga individu tersebut.

Penjagaan individu yang mempunyai Demensia memerlukan bantuan bukan sahaja dalam bentuk fizikal malahan sokongan emosi dan psikologi yang padu dan sudah pasti memerlukan peruntukan perbelanjaan kewangan yang besar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Hari Kesedaran Demensia, Dr Asrenee Ab Razak dalam ucapannya menyatakan, kerajaan melalui dasar plan warga tua menjangkakan 30 hingga 60 peratus kos perawatan perubatan disasarkan pada warga tua.

"Kita ingin memberi kesedaran bahawasanya penyakit Dimensia bukanlah sekadar penyakit penuaan atau nyanyuk yang biasa. Pesakit yang didiagnos mengidap Demensia akan mengalami kemerosotan hidup lebih teruk dalam masa 10 tahun selepas itu.

"Melalui pengesanan awal dan perawatan segera akan membantu melambatkan kesan kemerosotan saraf pesakit dan jika terlewat, bantuan dari segi sokongan kepada penjaga pesakit tersebut boleh diberikan", katanya.

Tambah Asrenee lagi, sokongan kepada keluarga amat penting supaya mereka tidak berasa bersendirian dan mempunyai rakan-rakan dalam menghadapi kehidupan bersama pesakit Dimensia.

"Justeru itu Jabatan Psikiatri merasakan kepentingan untuk mewujudkan kumpulan sokongan  bagi menyokong keluarga pesakit Dimensia.

"Kita turut menjalinkan kerjasama dengan Alzheimer's Disease Foundation Malaysia (ADFM) yang mempunyai banyak jaringan kumpulan sokongan di seluruh negara dan mereka turut menyatakan kita adalah satu-satunya kumpulan sokongan keluarga yang baru diwujudkan di Kelantan", katanya lagi.

Sokongan yang jitu juga perlu disalurkan kepada para penjaga pesakit Demensia  agar lebih tabah  dan berani untuk sama-sama mengatasi masalah Demensia dan dapat menikmati kehidupan lebih bermakna. 

Dalam majlis ini, dua aktiviti berlangsung serentak yang bertemakan 'Dare To Care' iaitu pameran dan saringan kesihatan kemurungan serta pelancaran kumpulan sokongan keluarga.

Tema 'Dare To Care' dipilih sejajar dengan objektif program iaitu  memberikan kesedaran kepada keluarga, penjaga dan masyarakat awam tentang gejala Demensia serta rawatan segera yang diperlukan pesakit.

 

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Jaringan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Din Suhaimi Sidek dan Pengerusi Alzheimer's Disease Foundation Malaysia (ADFM), Datuk Dr Yim Khai Kee.

Terkini

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Sistem Dalam Talian

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Kecemasan

icon keselamatan my
icon dev my
icon ppkt my

Pengunjung

327762
TodayToday343
This_WeekThis_Week2284
This_MonthThis_Month6638

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Dasar Privasi dan Keselamatan

  • Last Update: 10 Disember 2017.