Pengenalan

 

Desasiswa Nurani merupakan salah satu daripada Desasiswa yang terletak di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.  Pengurusan Desasiswa Nurani telah dipecahkan secara rasminya daripada gabungan Desasiswa Murni Nurani bermula 1 November 2008.  Mulai tarikh tersebut, Desasiswa Nurani telah mempunyai Penggawa sendiri disamping di urustadbir bersama staf sokongan yang lain.  Desasiswa Nurani terdiri daripada 3 buah blok penginapan yang mana dikenali dengan Blok Putera, Blok Puteri dan Blok B.

Desasiswa Nurani menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar pra siswazah dari 3 buah Pengajian yang terdapat di Kampus Kesihatan iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Muatan pelajar adalah seramai 1212 orang pelajar (siswa dan siswi). Pelajar siswa seramai  414 orang ditempatkan di blok Putera. Manakala 798 orang pelajar siswi ditempatkan di blok Puteri dan Blok B. Kewujudan Desasiswa Nurani ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman yang memiliki persekitaran tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Disamping mempunyai 3 Blok Penginapan untuk para pelajar pra siswazah, Desasiswa Nurani juga turut dilengkapi dengan Kafetaria Nurani (Terdapat Kantin Utama, Gerai Air Buah, Gerai Snek, Gerai Laksa dan Sup serta Gerai Masakan Panas) dan Dewan Nurani.  Selain itu, Desasiswa Nurani turut mempunyai sebuah kedai “Mini Market”, Kedai Percetakan dan Kedai Telekomunikasi khursus disediakan untuk para penghuni dan staf di Kampus Kesihatan.