Piagam Pelanggan

  1. Menyediakan kemudahan kediaman yang lengkap dan selesa serta persekitaran penginapan yang terbaik ke arah pembentukan serta perkembangan penghuni selaras dengan Misi Universiti Sains Malaysia.
  2. Memastikan keselamatan penghuni sentiasa terjamin sepanjang penginapan di bilik Desasiswa.
  3. Melaporkan aduan kerosakan yang diterima ke Pusat Aduan Kerosakan dalam masa 24 jam bekerja daripada tarikh aduan direkodkan oleh penghuni di dalam Buku Aduan Kerosakan.
  4. Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang cekap serta bersedia menerima maklumbalas secara berterusan dalam suasana tenang dan mesra pelanggan.