Perkhidmatan Umum

    Pejabat Pentadbiran Nurani

    Terletak di bawah Dewan Nurani dan bersebelahan dengan Kafetaria Nurani. Pejabat Pentadbiran Nurani menguruskan hal ehwal penginapan pelajar di Desasiswa. Pihak pengurusan turut menyediakan buku aduan kerosakan bilik dan kemudahan Desasiswa untuk memudahkan penghuni melaporkan sebarang kerosakan di bilik penginapan dan di dalam Blok.

    Surat berdaftar yang dialamatkan kepada pelajar boleh dituntut daripada Pejabat Pentadbiran.

    Waktu Operasi (Ahad hingga Rabu) : 8.10 pagi – 4.55 petang
    (Khamis) : 8.10 pagi – 4.40 petang
    Cuti Am Dan Cuti Umum : Tutup

    Bilik Mesyuarat

    Bilik mesyuarat telah disediakan dengan kemudahan terkini. Sering diadakan mesyuarat Pengurusan Desasiswa, Mesyuarat MPDN dan lain-lain bahagian untuk mesyuarat, perjumpaan, dan lain-lain kegunaan

    Dewan Nurani

    Mulai 1 Februari 2012, Pengurusan Dewan Nurani Kampus Kesihatan adalah di bawah tanggungjawab Desasiswa Nurani, termasuk urusan tempahan dan penggunaan Dewan.  Borang tempahan Dewan boleh didapati daripada Pejabat Pentadbiran Nurani , tempahan perlu dibuat sekurang kurangnya dalam tempoh 3 hari sebelum penggunaan.  Selain itu, Bilik Kenamaan dan Bilik Makan Kenamaan juga boleh ditempah menggunakan borang yang sama.