Perkhidmatan Pelajar

Kemudahan Penempatan

Desasiswa Nurani menyediakan kemudahan penempatan untuk bilik seorang, berdua, berempat dan berenam. Semua bilik penginapan adalah berbayar. Setiap bilik pula dilengkapi dengan katil, almari, rak buku, tilam, penyangkut tuala, meja dan kerusi belajar, lampu, kipas dan langsir

Kemudahan Kerohanian

Surau disediakan dengan kemudahan yang lengkap. Selain dari tempat solat yang selesa, kemudahan lain yang disediakan ialah tempat menyimpan buku-buku agama dan almari untuk penyimpanan sejadah dan telekung disediakan. Biro Kerohanian dan Keagamaan sering mengadakan aktiviti yang berbentuk kerohanian bagi memantapkan lagi jati diri penghuni Desasiswa Nurani. Contohnya setiap malam diadakan solat berjemaah dan sepanjang bulan Ramadhan diadakan solat berjemaah dan sunat tarawih.

Kemudahan-kemudahan Lain

  • Bilik TV
  • Bilik Pantri
  • Mesin Pengisian Air (panas dan sejuk)
  • Bilik Gerakan MPDN
  • Kedai Bahan Bahan Kering
  • Mesin Dobi Layan Diri
  • Kafetaria
  • Bilik Bacaan
  • Bilik Multimedia
  • Siaraya
  • Tempat Letak Motosikal dan basikal berbumbung
  • Vending Machine (Air RO)