Disiplin & Penginapan

BAHAGIAN A: SALAH LAKU DAN DISIPLIN BERKAITAN PENGINAPAN
BAHAGIAN B: PEMILIKAN DAN PENGGUNAAN BARANGAN LARANGAN

BIL KESALAHAN DENDA
1 (A) Pelajar menetap yang membenarkan jantina lain memasuki biliknya atau berada di koridor

(B) Berkhalwat termasuk berdua-duaan

Diserahkan ke Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
2 Seseorang pelajar menghalang/ menahan seseorang Pegawai, Pekerja atau mana mana pihak yang telah diberikan kebenaran oleh Universiti daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas RM50.00
3 Seseorang pelajar menetap berada di luar kawasan Desasiswa antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi RM50.00
4 (A) Seseseorang pelajar bukan menetap berada di dalam Kampus antara jam 12.00 tengahmalam hingga 5.00 pagi

(B) Menginap tanpa kebenaran (squatting) antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi

(C) Pelajar yang membenarkan orang lain menginap tanpa kebenaran (squatting)

RM50.00
5 (A) Mengotorkan/ mencacatkan sebarang kelengkapan Desasiswa

(B) Mengacau, mengganggu atau menyebabkan kesusahan kepada orang lain dalam menggunakan kemudahan-kemudahan di Desasiswa

(C) Merosak atau menghilangkan harta benda Desasiswa/ Universiti

Membayar ganti rugi berdasarkan kos kerosakan
6 (A) Bertukar Desasiswa tanpa kebenaran

(B) Bertukar bilik tanpa kebenaran

(C) Pelajar yang menyewa bilik

RM50.00 dan kembali ke Desasiswa/ ke bilik asal

Membayar kadar sewa harian sepanjang tempoh sewaan

7 (A) Tidak mengosongkan atau berpindah dari biliknya dan tidak memulangkan kunci dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti

(B) Tidak mengosongkan bilik apabila tamat tempoh penginapan

Membayar gantirugi sewa harian berdasarkan jumlah hari yang berkenaan
8 (A) Membawa makanan yang tidak tahan lama/ makanan yang tidak dibenarkan/ diharamkan

(B) Menyimpan atau meminum minuman keras di dalam bilik/ di kawasan Desasiswa

(C) Memiliki gambar lucah, bacaan yang diharamkan atau audio visual yang diharamkan

(D) Memiliki atau menggunakan bahan bahan kimia atau ubat-ubatan yang membahayakan

RM50.00

Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar

9 Memelihara binatang di dalam kawasan Desasiswa RM50.00
10 Melakukan perbuatan yang membahayakan seperti memanjat bumbung/ tebing tingkap RM50.00
11 Tidak memadamkan lampu/ kipas angin semasa meninggalkan bilik RM50.00
12 Tidak menggunakan cadar/ sarung bantal pada setiap masa atau menggunakan cadar/ sarung bantal yang kotor RM50.00
13 Bermain judi/ permainan yang ada unsur pertaruhan Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
14 Melakukan amalan pemujaan di dalam bilik Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
15 Melonco (pada minggu suaikenal) atau melakukan penderaan fizikal dan mental pada bila bila masa Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
16 Memberikan maklumat palsu tentang diri sendiri atau gagal memberi maklumat yang diminta oleh Penggawa atau wakilnya RM50.00
17 Memiliki atau menerbit bahan bercetak yang tidak dibenarkan oleh Undang Undang atau boleh menimbulkan permusuhan kaum Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
18 Mencuri/ melakukan peras ugut/ melakukan gangguan seksual Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
19 Mencedarakan orang lain tanpa sebab munasabah Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
20 Bergaduh, bertumbuk atau mengganggotai kumpulan haram Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
21 Gagal atau enggan memberi maklumat berkenaan sesuatu perbuatan jenayah atau terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
22 Mengendap atau berkelakuan mencurigai di kawasan jantinan lain Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
23 (A) Meletakkan kenderaan di dalam bangunan atau di tempat yang tidak dibenarkan atau menghalang laluan

(B) Menggunakan kenderaan dengan tidak mematuhi peraturan akta kenderaan jalanraya 1987

RM50.00
24 Memainkan alat muzik/ membuat bising selepas jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi dan mengganggu ketenteraman RM50.00
25 Mengadakan aktiviti sosial dalam blok tanpa kebenaran RM50.00
26 (A) Memasak di dalam bilik atau mana mana tempat di Desasiswa

(B) Penggunaan nyalaan api (naked flame) di dalam bangunan

(C) Membuat ujian dengan menggunakan bahan kimia merbahaya atau mudah terbakar di dalam bilik atau Desasiswa

RM50.00
27 Tidak mengemas atau membersihkan bilik RM50.00
28 Merokok di kawasan Desasiswa RM50.00 dan diserahkan kepada klinik anti merokok
29 Melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam Kampus Nasihat/ amaran/ denda RM50.00
30 Memiliki kunci pendua atau memiliki kunci pihak lain tanpa sebab yang munasabah RM50.00
31 Memiliki/ menggunakan alat elektrik yang tidak dibenarkan oleh pihak Desasiswa seperti alat pemanas air (water heater), peti sejuk, periuk nasi, televisyen, mesin jahit dan sebagainya RM50.00
32 Memiliki alat alat senjata atau alat yang merbahaya seperti buluh runcing, rantai basikal, rantai motosikal, serpihan besi, parang golok dan sebagainya yang boleh membahayakan orang lain Serahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar