Dari Meja Penggawa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuhu dan Salam Sejahtera

HjYusoff

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada saudara saudara  dan saudari saudari  ke laman web rasmi Desasiswa Nurani, Kampus Kesihatan. Sesungguhnya kesudian anda melayari laman web ini amat bermakna bagi kami dan saya berharap agar segala maklumat yang disediakan akan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua.
Maklumat yang boleh diperolehi dari laman web ini meliputi maklumat organisasi dan hal ehwal pentadbiran Desasiswa Nurani, aktiviti aktiviti semasa dan lain-lain; disediakan bagi memudahkan warga penghuni Desasiswa berurusan dan mendapat maklumat terkini tanpa perlu hadir ke pejabat . Semua warga Desasiswa Nurani juga dialu-alukan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan dapat dijalankan secara berterusan.

Saya, bagi pihak Desasiswa Nurani  mengucapkan terima kasih dan selamat melayari laman web Desasiswa Nurani dan sila hubungi kami jika anda memerlukan maklumat lanjut.

Terima kasih.

Hj. Yusoff Abdullah
Penggawa
Desasiswa Nurani