Sejarah

Penubuhan

Desasiswa Nurani telah dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK-7)  dan kerja kerja awal pembinaan bermula pada tahun 2000.  Pembinaan Asrama ini siap sepenuhnya pada tahun 2002.  Pemilihan nama Nurani adalah cadangan daripada Penggawa Desasiswa Murni Nurani setelah dipersetujui oleh Timbalan Naib Canselor HEP pada masa tersebut.

Desasiswa Nurani telah dirasmikan pada 2002.  Memiliki 2 buah blok penginapan dengan keluasan 20,720 kaki persegi, Blok Putera mampu menempatkan seramai 414 orang pelajar dan Blok Puteri dengan keluasan 25,900 kaki persegi boleh memuatkan seramai  594 orang.  Ekoran daripada kekurangan bilik penginapan untuk pelajar perempuan, Blok B yang terletak bersebelahan dengan Desasiswa Nurani telah diletakkan secara rasminya di bawah Pengurusan Nurani dengan kapasiti penginapan sebanyak 204 katil.  Ini menjadikan bilangan katil di Desasiswa Nurani mampu menampung seramai 1212 orang pelajar pada satu satu masa.

Mula beroperasi secara rasminya dengan kemasukan seramai 400 orang pelajar lelaki ke Blok Putera pada Semester 1, Sidang Akademik 2002/ 2003.  Manakala pelajar perempuan mula mendiami Blok Puteri pada Semester 2, Sidang Akademik yang  sama.

Pengurusan Dan Staf Sokongan Desasiswa Nurani (pada awalnya)

Penggawa Yang Pertama : Prof. Madya Dr. Ahmad Zakaria
Penggawa Ke-2 : Dr. Rushdan Ismail
Penolong Penggawa : Dr.  Norfaraheen Lee Abdullah
Penolong Penggawa : En. Mohd Saberi Mohd Yusof
Penolong Pengurus Asrama : En. Mohd Ismadi Mat Isa
Pembantu Tadbir : Pn. Nik Halizon bt Muhamad
Pembantu Tadbir Rendah : Pn. Anum bt Abdul Jabar
Pekerja Rendah Awam : En. Zuriha Muhammad
Pekerja Rendah Awam : En. Hazman Salleh
Pekerja Rendah Awam : En. Mohd Rosli Yusoff
Pekerja Rendah Awam : En. Mohd Khairul Ibrahim
Pekerja Rendah Awam : Pn. Hasni bt Abdul Kadir
Pekerja Rendah Awam : Pn. Salmiza bt Muhamad