SYARAT PENYERTAAN

1.

Rancangan Kokurikulum di Kampus Kesihatan terdiri daripada tujuh (7) teras utama iaitu Teras Daya Usaha & InovasiTeras KebudayaanTeras KepimpinanTeras KesukarelawananTeras Keusahawanan,Teras Khidmat Komuniti dan Teras Sukan.

 

2.

Kursus yang ditawarkan di bawah kesemua teras ini, kecuali Teras Keusahawanan, adalah terbuka kepada semua pelajar penuh masa dan tidak wajib bagi mana-mana pusat pengajian. Walau bagaimanapun, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) telah mewajibkan pelajar mereka mendaftar kursus kokurikulum dengan syarat pengijazahan seperti perkara 5. di bawah. 

 

3.

Manakala kursus di bawah Teras Keusahawanan iaitu WUS101/2-Teras Keusahawanan adalah wajib (daftar dan lulus) kepada semua pelajar tahun pertama bagi semua pusat pengajian.

 

4.

Pelajar boleh mengikuti mana-mana kursus daripada kesemua teras kokurikulum ini sepanjang pengajian di universiti. Pelajar boleh:

 

  a.

Daftar kombinasi kursus dari setiap teras kokurikulum, ATAU

 

  b.

Daftar kursus dari salah satu teras kokurikulum sahaja.

 

5.

Semua pelajar akan mendaftar kursus kokurikulum tertakluk kepada struktur dan syarat pengijazahan yang ditetapkan oleh pusat pengajian masing-masing.

 

  a.

Pelajar Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) WAJIB mendaftar kursus kokurikulum. Jumlah unit kursus kokurikulum yang perlu dikumpulkan adalah tiga (3) unit. Pecahannya adalah seperti berikut:

Pelajar PPSG tahun 1 dan 2 perlu mendaftar mengikut jam kredit yang telah di tetapkan pada masa yang sesuai pada pelajar tersebut

Pelajar tahun 3 dan ke atas TIDAK di bernarkan mendaftar program Kokurikulum.

  b.

Pelajar Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) WAJIB mendaftar kursus kokurikulum. Jumlah unit kursus kokurikulum yang perlu dikumpulkan adalah dua (2) unit. Pelajar PPSP tahun 1 perlu mendaftar satu (1) unit kursus kokurikulum semasa semester 1 dan satu (1) unit kokurikulum lagi semasa di semester 2. Jika didapati tidak memenuhi syarat pusat pengajian, pelajar harus mengulang program tersebut di tahun 2 atau sehingga lulus.

 

  c.

Pelajar Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK)TIDAK WAJIB mendaftar kursus kokurikulum. Kursus kokurikulum adalah pilihan (optional) kepada kursus universiti yang lain seperti HTV101/2-Teknik Berfikir dan WSU101:/2-Kelestarian: Isu, Cabaran dan Prospek.

Walau bagaimanapun pelajar PPSK boleh mendaftar kursus kokurikulum pada bila-bila masa sepanjang pengajian di universiti. Jumlah minimum unit kursus kokurikulum yang boleh dikumpul oleh pelajar PPSK adalah satu (1) unit dan maksimum enam (6) unit.

     
6.

Untuk mendaftar sesuatu kursus kokurikulum, pelajar juga perlu memenuhi semua keperluan atau syarat pendaftaran yang ditetapkan oleh kursus berkenaan:

 

  a.

Prasyarat bagi mendaftar kursus WCC219/1-Senaman Qigong Pertengahan adalah pelajar perlu lulus kursus WCC119/1-Senaman Qigong Asas

 

  b.

Kursus WTD103/3-PALAPES Peringkat Rendah, WTD203/3-PALAPES Peringkat Pertengahan dan WTD303/4-PALAPES Peringkat Lanjutan adalah tiga kursus yang berasingan dan ketiga-tiga kursus ini adalah kursus berpakej dua (2) semester. Setelah selesai mengikuti kursus Peringkat Rendah, pelajar wajib mengikuti kursus Peringkat Pertengahan dan seterusnya Peringkat Lanjutan. Pelajar yang telah mendaftar kursus ini WAJIB mengikuti kursus ini dalam tempoh masa dua (2) semester pengajian berturut-turut.

 

  c.

Kursus WKM102/2-Khidmat Komuniti Peringkat 1 dan WKM102/2-Khidmat Komuniti Peringkat 2 adalah dua kursus yang berasingan dan kedua-duanya adalah kursus berpakej dua (2) semester. Setelah selesai mengikuti kursus Peringkat 1, pelajar digalakkan (tidak wajib) mengikuti kursus Peringkat 2. Pelajar yang telah mendaftar kursus ini WAJIB mengikuti kursus ini dalam tempoh masa dua (2) semester pengajian berturut-turut.

 

  d.

Kursus Seni Silat Cekak Malaysia ditawarkan secara berpakej tiga (3) kursus yang dilaksanakan dalam tempoh masa enam (6) semester. Kursus tersebut adalah WCC123/2-Seni Silat Cekak I, WCC223/2-Seni Silat Cekak II dan WCC323/2-Seni Silat Cekak III. Pelajar yang mendaftar kursus WCC123/2-Seni Silat Cekak I digalakkan terus mengikuti kursus ini sehingga selesai tempoh masa enam (6) semester.

 

  e.

Pelajar yang hendak mengikuti kursus di bawah Teras Sukan perlu melengkapkan borang Akuan Status Kesihatan (akan diedarkan pada hari pertama aktiviti).

 

  f.

Pelajar dari Program Dietetik dan Program Pemakanan TIDAK DIBENARKAN mendaftar kursus WCC122/1-Seni Memasak. Ini adalah kerana sebahagian silibus kursus ini akan pelajar ikuti dalam pengajian Program Dietetik dan Program Pemakanan kelak.

 

7.

Bagi setiap semester, seseorang pelajar dibenarkan mendaftar tidak melebihi daripada dua (2) unit sahaja kursus kokurikulum.

 

8.

Semua pelajar yang ingin menyertai kursus kokurikulum boleh melakukan pendaftaran secara dalam talian melalui aplikasi E-Daftar yang boleh diakses melalui portal Campus Online (www.campusonline.usm.my).

 

9.

Pengguguran kursus kokurikulum hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada akhir minggu kedua awal semester dan dengan alasan yang kukuh. Selepas minggu kedua, permohonan menggugur kursus perlu disertakan dengan bayaran denda RM50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia). Minggu terakhir untuk menggugur kursus kokurikulum adalah minggu keenam.

 

10.

Bagi kursus kokurikulum yang dijalankan secara berpakej dua semester (WTD103/3-PALAPES Peringkat Rendah, WTD203/3-PALAPES Peringkat Pertengahan, WTD303/4-PALAPES Peringkat Lanjutan, WKM102/2-Khidmat Komuniti Peringkat 1, WKM102/2-Khidmat Komuniti Peringkat 2, WCC123/2-Seni Silat Cekak Malaysia 1, WCC223/2-Seni Silat Cekak Malaysia 2dan WCC323/2-Seni Silat Cekak Malaysia 3), pendaftaran bagi mengikuti pakej kedua pada semester kedua akan dilakukan secara automatik. Pelajar tidak dibenarkan menggugur kursus pakej kedua. Pengguguran hanya dibenarkan atas sebab kesihatan atau atas nasihat pusat pengajian dan perlu mendapat kelulusan daripada Penyelaras Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan. Pelajar TIDAK akan mendapat sebarang nilai kredit bagi kursus pakej pertama yang telah diikuti pada semester pertama jika kursus pakej kedua pada semester kedua ini digugurkan.

 

11.

Kursus Kelestarian, Isu dan Prospek adalah kursus Kokurikulum yang bernili 2 unit kredit.

 

12.

.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila berjumpa dengan Penyelaras atau Pengerusi Rancangan Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan.