Visi & Misi

VISI

Transformasi pelajar berteraskan kokukurikulum demi kelestarian kemahiran insaniah modal insan.

MISI

Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan menawarkan peluang kepada pelajar membangunkan sahsiah diri melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum berstruktur memfokus kepada pembangunan kemahiran insaniah secara terapan dan berterusan bagi melahirkan pelajar yang berilmu, berketerampilan dan holistik.

OBJEKTIF KUALITI

  1. Menawarkan kursus kokurikulum berasaskan tujuh (7) teras utama kokurikulum iaitu Teras Inovasi & Kreativiti, Teras Kebudayaan, Teras Kepimpinan, Teras Kesukarelawanan, Teras Keusahawanan, Teras Khidmat Masyarakat dan Teras Sukan.
  2. Menerap dan membudayakan konsep kelestarian dalam kurikulum kursus kokurikulum. Sasaran sekurang-kurangnya 1 jam aktiviti kursus melibatkan aktiviti kelestarian dalam bentuk teori atau amali.
  3. Menerapkan sekurang-kurangnya 3 elemen kemahiran insaniah mesti (KIM) yang bersesuaian dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran kursus.
  4. Menyemak kurikulum kursus kokurikulum sekurang-kurangnya 4 tahun sekali.
  5. Memastikan setiap pelajar yang layak mengikuti kursus kokurikulum dapat mendaftar kursus dalam tempoh masa pengajian bagi tujuan memenuhi syarat pengijazahan.
  6. Mengemaskini Borang Penawaran Kursus (BPK) semua kursus kokurikulum mengikut keperluan semasa pihak berkepentingan (stakeholders).
  7. Membantu pengajar / jurulatih mengemaskini Rancangan Pengajaran atas keperluan penawaran kursus semasa.
  8. Menerap dan membudayakan konsep kelestarian dalam pengurusan Rancangan Kokurikulum melalui pendekatan ICT. Sasaran peningkatan sekurang-kurangnya 60% proses kerja pengurusan mengamalkan konsep kelestarian melalui pendekatan ICT.
  9. Memastikan staf menjalani latihan pembangunan modal insan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

PIAGAM PELANGGAN

Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia beriltizam:

  1. Memberi peluang kepada pelajar di Kampus Kesihatan melibatkan diri dalam pelbagai skop kehidupan secara lestari melalui kegiatan kebudayaan, sukan, khidmat masyarakat, keusahawanan dan kesukarelawanan.
  2. Meningkatkan keterampilan pelajar melalui penerapan kemahiran insaniah mesti (KIM) dalam pengajaran kursus kokurikulum.
  3. Mewujudkan sistem pengurusan yang inovatif dan lestari berasaskan prasarana ICT universiti.
  4. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra, cekap dan tepat kepada pelanggan.

...