Pengenalan/Intro

Pusat Rancangan Kokurikulum adalah pusat perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan kursus sokongan akademik dalam bentuk rancangan kokurikulum berstruktur. Hala tuju Pusat Rancangan Kokurikulum sejajar dengan rangka kerja universiti APEX iaitu untuk mencapai sasaran pembangunan milenium dan pendidikan bagi pembangunan lestari. Pencapaian sasaran ini adalah melalui pendekatan dua-peringkat (two-tiered) iaitu USM tersohor sebagai universiti kelestarian dan USM sebagai universiti yang memimpin ke arah kelestarian.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Pusat Rancangan Kokurikulum perlu membangunkan sasaran selaras dengan strategi pemupukan dan pembelajaran (nurturing and learning) universiti APEX, iaitu dalam skop menekankan pengurangan atau penyingkiran apati dalam kalangan pelajar melalui penerapan kemahiran insaniah dalam kurikulum rancangan kokurikulum agar kesedaran sosial dan keterampilan pelajar dapat ditingkatkan.

Sebagai pusat perkhidmatan, Pusat Rancangan Kokurikulum akan merangka strategi perkhidmatan yang lestari selaras dengan strategi perkhidmatan dan aktiviti luaran universiti APEX dengan penekanan kepada aspek pengurangan pembaziran dan sikap tidak prihatin. Aspek yang akan ditingkatkan adalah kecekapan penggunaan sumber, kesedaran sivik, penjimatan melalui proses kerja yang berinovatif berbantukan teknologi lestari.

...

icon email1icon studentemailicon staficon sdppkticon elearnicon edocicon healthdataicon amsicon campusonline

Hubungi Kami

Pusat Rancangan Kokurikulum
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7672371 / 2372
Faks : +609-7672370

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 20 Januari 2020.