MS ISO 9001:2008

SEJARAH PENCAPAIAN MS ISO 9001:2008 DI HUSM

 

Sejarah perkembangan ISO di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bermula apabila HUSM menerima Pekeliling Perkhidmatan Awam (PKPA) pada 11 Julai 1996. Beberapa siri penerangan telah diadakan untuk ketua-ketua Unit oleh Pihak Pengurusan Hospital dan pada 21 Ogos 1996, satu sesi seminar pengenalan ISO 9000 di HUSM telah diadakan. Ini disusuli dengan Bengkel Pelaksanaan MS ISO yang telah diadakan di Langkawi dan disertai oleh staf pengurusan seramai 11 orang. Kursus Kesedaran MS ISO 9000 pula diadakan di INTAN dan disertai oleh 5 orang staf dari bahagian pengurusan. Pada 4 Mei 1997, Jawatankuasa Pelaksana MS ISO telah ditubuhkan dan Jabatan Farmasi telah dipilih sebagai skop persijilan. Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti HUSM telah digubal pada 18 Mei 1997 dan pada 5 Oktober 1997, permohonan untuk persijilan telah dibuat kepada pihak SIRIM QAS. Untuk memenuhi syarat asas penganugerahan sijil ISO, perlantikan Juruaudit Dalaman telah dilaksanakan pada Mac 1998 dan diikuti dengan Bengkel Lanjutan Juruaudit Dalaman yang diadakan beberapa kali pada bulan Mei 1998. Pada 10 Ogos 1998, audit pematuhan oleh pihak SIRIM QAS telah dilaksanakan dan penutupan semua NCR telah dibuat pada 9 Disember 1998. Pada 18 Disember 1998, Jabatan

 

Farmasi HUSM telah dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9002:1994. Usaha ke arah menaik taraf ISO versi 1994 kepada MS ISO 9001:2000 telah dibuat pada 12 Mac 2002. HUSM telah menerima notifikasi dari SIRIM QAS pada 22 Julai 2002 dan pada 1 Oktober 2002 Manual Kualiti (MS ISO 9001:2000) baru telah disiapkan. Prosedur Kerja dan Arahan Kerja siap disemak pada 1 Oktober 2002 iaitu sebanyak 23 prosedur. Pada 17 dan 18 November 2002, Audit Kualiti Dalaman (MS ISO 9001:2000) telah dilaksanakan dan seterusnya Kajian Semula Pengurusan telah diadakan pada 11 Disember 2002 diikuti dengan Audit Surveillance MS ISO 9001:2000 pada 5 dan 6 Mac 2003. Laporan tindakan pembetulan telah siap sepenuhnya pada 9 April 2003, dan tanggal 23 April 2003 HUSM telah menerima sijil baru MS ISO 9001:2000 bagi kesemua perkhidmatan Hospital yang mempunyai sebanyak 126 prosedur kerja, manakala versi baru MS ISO 9001:2008 ialah 137. Pada tahun 2009, taklimat peralihan MS ISO 9001:2000 kepada versi baru telah dibuat dan beberapa pindaan kecil pada klausa-klausa yang sedia ada dilaksanakan. Pada 3 – 5 November 2009 Audit SIRIM (Audit Surveillance) telah dilaksanakan dan pada 19 Disember 2010 sijil MS ISO 9001:2008 versi baru telah dianugerahkan kepada HUSM.