Statistik

Content View Hits : 29012
Designed by:
Membina Jati diri dan matlamat hidup
Wednesday, 30 December 2009 00:53

Membina Jati diri dan matlamat hidup

 

Masa hadapan yang masih jauh terpaksa ditempuhi walaupun ia berliku-liku dan penuh cabaran. Penulis ingin warga USM merenung sebentar masa hadapan itu dan meletakkan matlamat hidup anda. Penulis tidak pasti sama ada kakitangan muda atau veteran hari ini mampu meletakkan sasaran hidup mereka  secara tepat di landasan  yang betul. Semua matlamat ini sebenarnya perlu diletakkan di atas sebab minat dan bukannya dilakukan kerana pandangan ilmiah.

 Oleh sebab itu, penulis ingin mengajak warga USM merenung dengan lebih teliti mengenai pencapaian yang mereka ingin sasarkan dalam hidup. Mereka perlu memupuk mental terbentuk hasil penglibatan program motivasi  dan pembangunan insan yang dijalani seperti kemahiran. Bersesuaian dengan istilah perniagaan High Risk, High Income, kehidupan warga USM juga berkait rapat dengan istilah itu. Lebih banyak mereka mempelajari, lebih banyak cabaran yang mampu diharungi seperti mendaki gunung dan lain lain aktiviti.

 

Peringkat ini kakitangan USM lebih matang untuk memilih sesuatu matlamat dan mesti tahu mengukur kemampuan melalui maklumat yang diperolehi. Mereka juga perlu didedahkan dengan pengurusan berisiko agar mereka bijak mengendalikan sesuatu masalah dengan cara lebih matang.

Mengenal kemampuan diri adalah satu faktor penting untuk kakitangan menentukan bidang yang mahu dipilih. Kekuatan yang membentuk masa depan ialah cara kita memupuk jati diri  dan mendalami ilmu pendidikan.

 

Dampingi masyarakat atau program Kelab Sukan &  Kebajikan Sosial.

 

Kakitangan USM perlu mencatatkan matlamat yang telah dirancang di dalam dairi agar ia sentiasa  tersemat dalam ingatan serta tidak tersasar daripada  landasan hidup selain berperanan sebagai dorongan untuk membina wawasan yang lebih baik.

 

Masyarakat adalah sesuatu komoditi yang menjadi pengaruh kepada pembentukan jati diri belia dan anggota masyarakat jugalah akan menjadi rujukan atas pengalaman dan dorongan. Warga USM juga perlu mengekalkan penglibatan dalam korikulum di universiti dan luar universiti ataupun peringkat universiti, dengan mendekati program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ataupun melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Sosial (KSKS) di USM Kampus Kesihatan.

 

Pembentukan ini adalah positif  ke arah minda yang lebih sihat dan menjadi warganegara 1 Malaysia berkualiti dari segi pembangunan insan. Pengalaman kakitangan USM  yang telah berjaya sewajarnya dikongsi bersama dengan kakitangan yang lain bagi menghasilkan pelapis yang berjaya untuk universiti suatu hari nanti.

 

Kemahiran Hidup

 

Asas pembentukan diri juga tidak asing daripada apa yang diukur pemilikan daripada kemahiran hidup. Tahap kemahiran hidup inilah yang meletakkan kualiti seseorang kakitangan itu dalam hierarki. Kakitangan USM yang berkemahiran lebih berdaya maju untuk mencari pendapatan dan membuat pilihan tepat atas sebarang keputusan yang berkaitan dengan bidang yang dimilikinya.  

 

Program-program kakitangan yang menuntut penglibatan seperti bidang masakan,  pertukangan kayu, membaiki motor, elektronik dan pembuatan bahan akan memberi kesan sampingan yang baik untuk individu yang menceburinya . Bagi mereka yang berilmu akan diangkat martabatnya oleh ALLAH kerana ilmu itulah yang membuat seseorang  itu menjadi manfaat dan berguna  kepada seseorang yang lain dan masyarakat..

 

Pembangunan Insan

 

Pengurusan diri dan perkara-perkara lain berkaitan dengan perniagaan adalah soft skill. Ia adalah ilmu seperti asas perniagaan, simpan kira, ilmu perdagangan  yang boleh didapati  melalui  pemerhatian, ilmiah dan pergaulan harian. Ia adalah maklumat yang sangat berguna untuk kakitangan menyesuaikan diri dengan kerenah perniagaan dan percampuran harian dalam pekerjaan.

 

Ilmu lebih tersusun dalam penyampaiannya apabila ia diikuti  secara ilmiah oleh jurulatih professional  dalam bidangnya. Kakitangan USM disarankan untuk mempelajari ilmu ini bagi menguruskan kemahiran yang mereka miliki secara sistematik. Kakitangan yang mempunyai kemahiran mampu menguruskan pentadbiran dan perniagaannya dengan lebih baik.

 

Mendekati Pencipta dan Bertawakkal

 

Kitaran hidup di dunia adalah mengikut hukum alam. Secara logiknya, yang kuat akan menang dan yang lemah pula akan kalah apabila bertembung, yang pandai akan menerajui komunitinya manakala yang kurang akan menjadi pengikut. Tetapi setiap yang kita lakukan perlu ada kesungguhan pelakunya dan ketekunan pembuatan serta akhir sekali berserah kepada ALLAH dengan harapan semoga pekerjaan yang diusahakan mendapat berkat dan manfaat.

 

Kepercayaan yang kita pegang akan mengukuhkan kekuatan keimanan dan seterusnya membentuk kehidupan yang lebih baik. Malah jika perbuatan baik itu terus dijadikan pegangan maka sudah pastinya ganjaran yang baik akan diperolehi tidak kira di dunia atau pun akhirat.

 

Kesimpulan pembentukan jati diri

 

Ia adalah penentu matlamat yang ingin disasarkan. Bergantung kepada tahap ilmu dan pendedahan pengalaman  seseorang itu. Ia perlu melalui fasa-fasa tertentu di peringkat  awal kakitangan tersebut seperti mengambil kira faktor sejarah, pengaruh kekeluargaan, masyarakat, tahap pendidikan  dan keyakinannya maka lebih  tinggi dan berisikolah  matlamatnya. Apa  yang menjadi haluannya  ialah jati diri dan mengawal pergerakan  atau fius pemutusnya iaitu Kaedah Pengurusan Risiko.