|
PENGENALAN
Bermula 16 Jun 2003, sebuah Kompeni Askar Wataniah telah diserapkan kewujudannya di dalam Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan. Kompeni ini asalnya dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah ditempatkan di dalam Kampus Kesihatan sebagai projek perintis menempatkan pasukan tentera di dalam kampus dengan matlamat dan tujuan untuk membina sebuah pasukan Askar Wataniah khusus yang terlatih dan berketerampilan sebagai pasukan perubatan tentera yang mahir serta boleh dikerahkan pada bila-bila masa.
Sejarah Penubuhan 12 Kompeni Medan Perubatan
12 Kompeni Perubatan ditubuhkan pada 1 Januari 1991 bertempat di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Penubuhan kompeni ini adalah hasil dari penyusunan semula pasukan Medan Perubatan KPPM Ke 11 (AW) yang bertempat di Kinrara.
Pada 3 Julai 1980 Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Organisasi dan Perjawatan Angkatan Tentera yang ke-9 telah meluluskan pengeluaran perjawatan 11 Kompeni Ubat (AW) yang dikenali sebagai Medan Perubatan KPPM ke 11 (AW) dipecahkan kepada 4 pasukan Kompeni Medan Perubatan (AW) yang mana setiap kompeni di bawah pemerintahan Batalion Perubatan di setiap Divisyen.
Penubuhan sebanyak 4 Kompeni perubatan ini adalah bagi memperluaskan penglibatan anggota sukarela askar Wataniah dalam Kor Kesihatan DiRaja sejajar dengan matlamat Angkatan Tentera Malayisa untuk meningkatkan perkembangan anggota sukarela keparas kekuatan tiga nisbah satu berbanding anggota tetap pada tahun 2020. Lokasi-lokasi Kompeni Medan Perubatan (AW) yang telah diluluskan adalah:
a. 11 Kompeni Medan Perubatan (AW) - Kuching, Sarawak
b. 12 Kompeni Medan Perubatan (AW) - Sungai Petani, Kedah
c. 13 Kompeni Medan Perubatan (AW) - Kluang. Johor
d. 14 Kompeni Medan Perubatan (AW) - Kuantan, Pahang
Pertahanan negara bukanlah terletak kepada pasukan keselamatan semata-mata, bahkan ia merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat, badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan perlu diintegrasikan secara bersepadu untuk melahirkan sesuatu sinergi dalam urusan pertahanan negara.
Penubuhan 12 Kompeni Medan Perubatan (AW) di Sungai Petani, Kedah kurang mendapat sambutan dari golongan profesional perubatan dan pergigian. Sehubungan itu Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera telah merancang untuk memindahkan pasukan ini ke hospital di bawah pentadbiran universiti untuk membolehkan jalinan kerjasama diwujudkan dan menarik lebih ramai golongan profesional perubatan dan paramedik terlatih menyertai Askar Wataniah.
Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia telah dipilih atas persetujuan di antara pihak Universiti dan juga Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera. Pada 16 Jun 2003, 12 Kompeni Medan Perubatan (AW) telahpun di gerakkan dari Kem Lapangan terbang, Sungai Petani, Kedah ke Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan setelah mendapat kelulusan dari Markas Tentera Darat .
Penempatan pejabat 12 Kompeni Medan Perubatan (AW) yang pertama di Kampus Kesihatan USM adalah di asrama Doktor Siswazah, Kampus Kesihatan USM dan kemudiannya dipindahkan ke Bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM. Pasukan ini di kendalikan oleh seorang Pegawai dan 11 anggota Lain-lain Pangkat anggota tetap.
Pasukan ini telah dirasmikan penubuhannya di Kampus Kesihatan USM pada 8 Okt 2004 oleh YBhg Mej Jen Dato’ Pahlawan (Dr) R.Mohanadas dan turut hadir dalam upacara tersebut adalah Naib Canselor USM, YBhg Kolonel (Kehormat) Prof Dato’ Dzulkifli Abdul Razak serta pegawai kanan USM dan KKD. Dalam upacara tersebut juga menyaksikan pemakaian pangkat Mejar kepada Prof Dr Zabidi Azhar bin Mohd Hussin dan seterusnya menyandang jawatan Pegawai Pemerintah yang pertama 12 Kompeni Medan perubatan (AW). Disamping itu juga pemakaian pangkat pegawai kehormat juga telah dilaksanakan kepada Lt Kol (Kehormat) Professor Dr Dato’ Mafauzy Mohamed Pengarah Kampus dan juga Mejar (Kehormat) Professor Dr Ab Rani Samsudin Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian.
Walaupun pasukan ini baru bertapak di Kampus Kesihatan USM tetapi penglibatan warga USM dari berbagai kepakaran yang mengikuti anggota sukarela amat mengalakkan. Bermula dengan 20 anggota surakela semasa penubuhan dan kini 12 Kompeni Medan Perubatan (AW) telah berkembang dan mempunyai anggota seramai 113 orang. Sebagai menyokong kesiapsiagaan dengan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, semua anggota sukarela di beri latihan ketenteraan mengikut peruntukan latihan yang diberikan oleh Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat.
Pasukan ini bukan hanya sekadar melatih anggota sukarela Askar Wataniah sebaliknya melibatkan anggota sukarela dalam aktiviti-aktivit ketenteraan seperti bantuan perubatan dalam latihan Pasak Bumi, Pemeriksaan Kesihatan di kawasan operasi tentera, program kemasyarakatan seperti jiwa murni dan gotong royong. Pasukan ini juga berjaya mengadakan demonstrasi pemindahan pesakit di medan sempena lawatan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di Pesta Konvo Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang pada bulan Ogos 2005.
Dengan semangat anggota sukarela Askar Wataniah yang tinggi, pihak pengurusan USM telah pun memperuntukkan sejumlah RM200,000.00 bagi membina bangunan pentadbiran 12 Kompeni Medan Perubatan (AW) di kawasan Kampus Kesihtan USM dan siap dibina pada 1 Dis 2005.Perasmian bangunan telahpun di sempunakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 1 Mei 2006. Dalam upacara tersebut juga Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan menyempurnakan pemakaian pangkat pegawai bagi anggota sukarela Askar Wataniah . Di antara anggota sukarela yang dinaikkan ke pangkat pegawai ialah:
1. Kapt Prof Madya (Dr) Mohamed Rusli bin Abdullah
2. Kapt Prof Madya (Dr) Dinsuhaimi bin sidek
3. Kapt Prof Madya (Dr) Farid bin Che Ghazali
4. Kapt (Dr) Noreen Norfaheen Lee bt Abdullah
5. Kapt (Dr) Mohd Kamal bin Yatiban
6. Lt Md Hisham bin Abd Razak
7. Lt Muda Zakaria bin Kassim
8. Lt Muda Azhar bin Ahmad
9. Lt Muda Mohamad Noor bin Mohamad Roze
10. Lt Muda Che Ismail bin Che Lah
11. Lt Muda Mohd Roslan bin Muhamad Jamil
Pasukan ini juga telah menaikkan pangkat lans koperal kepada 18 anggota sukarela yang memenuhi syarat bagi pemakaian pangkat tersebut. Pemakaian pangkat tersebut telah pun di laksanakan oleh Pegawai Pemerintah, Mej Prof (Dr) Zabidi Azhar bin Mohd Hussin pada 1 Sep 2006. Di antara anggota sukaraela yang dinaikkan pangkat Lans Koperal adalah
1. 6141782 LKpl Mohd Shukor bin Jab
2. 6141787 LKpl Abd Razak bin Ahmad
3. 6141791 LKpl Amri bin Megat Ahmad
4. 6144106 LKpl Aziz bin Hasan
5. 6145461 LKpl Ahmad Zulqarnain bin Ismail
6. 6145462 LKpl Mohd Nazir bin Mat Zain
7. 6141780 LKpl Noorazlin bt Mohd Kassim
8. 6146883 LKpl Mohd Kamarizan bin Samaun
9. 6146884 LKpl Zulnuhisham bin Suhaimi
10. 6146894LKpl Yusnita bt Hussain
11. 6150423 LKpl Tengku Azman bin Tengku Ariffin
12. 6150424 LKpl Marshamsina bt Ibrahim
13. 6152322 LKpl Suhaida bt Md Akhir
14. 6152323 LKpl Juskasmini bt Jusoh
15. 6152324 LKpl Rozaid bin Musa
16. 6152325 LKpl Mazra bt Othman
17. 6152328 LKpl Mohd Nawawi bin Yasin
18. 6152326 LKpl Mohd Hakimi bin Yusoff
Pada 16 Ogos 2006 beberapa sessi lawatan bagi pegawai sukarela Askar Wataniah pasukan ini ke Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, 95 Hospital Pakar Angkatan Tentera, Institut Perubatan Penerbangan TUDM Kuala Lumpur dan juga Institut Penyelidikan Sains Teknologi Pertahanan telah pun dilakukan sebagai titik permulaan bagi melaksanakan penyelidikan yang boleh di usahasama diantara USM dan ATM.
Penyertaan anggota sukarela Askar Wataniah di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia ini juga mampu menerap dan membangkitkan semangat patriotisme dan intergrasi national serta melambangkan perwatakan positif melalui pembentukan nilai murni.
|