MUKA DEPAN
12 UBAT(AW)
MUKA DEPAN
KEANGGOTAAN
AKTIVITI
WEB ALBUM
CARIAN
KERATAN AKHBAR
HUBUNGI KAMI
Login





Katalaluan hilang?
paparan

12 Kompeni Medan Perubatan (AW)
USM Kampus Kesihatan
Kubang Kerian
16150 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7663000/7663500
Ext: 3081/3930/3929
Fax: 09-7658141


Sesuai untuk
Mozilla Firefox 1.5+
MS IE 5.5+/
Nescape 7.0+,
Resolution 1280x1024


TIGA PEGAWAI KANAN ATM NAIK PANGKAT
Ditulis Oleh Administrator   

Tiga pegawai kanan ATM naik pangkat

Oleh :Masrina Mohd Yunos (Berita Harian 31/1/2006)

Muhammad Ismail dilantik Panglima Tentera Darat

Image

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dilantik Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) baru berkuat kuasa esok, menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang bersara hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak, yang membuat pengumuman mengenainya semalam, berkata Timbalannya PTD, Lt Jen Datuk Muhammad Ismail Jamaluddin akan menggantikan tempat Abdul Aziz dengan dinaikkan pangkat jeneral.

Serentak rombakan kecil itu, Najib turut mengumumkan kenaikan jawatan dan pangkat tiga pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lain.

Panglima Medan Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Masood Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan PTD menggantikan Muhammad Ismail.

Panglima Markas 3 Divisyen di Melaka, Mej-Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin yang dinaikkan pangkat kepada Lt-Jen untuk mengisi kekosongan jawatan Panglima Medan Tentera Darat.

Sementara itu, Panglima 1 Divisyen di Kuching, Mej-Jen Datuk Muhammad Effendi Mustaffa pula dinaikkan pangkat kepada Lt-Jen dan kekal di jawatan itu. Kenaikan pangkatnya berkuat kuasa 24 Oktober tahun lalu.

Turut dinaikkan pangkat ialah Panglima Ketua Pengarah Kesihatan ATM, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Dr Sulaiman Abdullah yang kini bergelar Lt-Jen, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Najib berkata, semua pelantikan itu sudah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan sokongan Majlis Angkatan Tentera Malaysia siri ke-445 yang bersidang pada 17 Januari lalu.

“Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak kerajaan dan seluruh warga Kementerian Pertahanan serta ATM kepada Mohd Anwar atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau curahkan kepada ATM.

“Kepada pegawai tinggi yang baru dilantik, saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab baru yang diamanahkan. Saya percaya mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab baru ini dengan penuh kebijaksanaan dan sempurna,” katanya.

Abdul Aziz yang dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada 26 Ogos 1951, menamatkan latihan kadet di Maktab Tentera Diraja pada 1971 dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada tahun sama.

Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Sumber Manusia di Sekolah Pengurusan Tentera Darat di Port Dickson dan atase tentera di Kedutaan Malaysia di Filipina antara 1981 dan 1983, sebelum dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada).

Beliau dinaikkan pangkat Brig-Jen pada 1997 apabila menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan Tentera Darat, sebelum dilantik Panglima 4 Briged Mekanisme di antara 1998 dan 2000.

Pada 18 Ogos 2003, beliau dinaikkan pangkat Lt-Jen dan dilantik Panglima Markas Medan Tentera Darat sehingga diberikan tanggungjawab sebagai Panglima Tentera Darat pada 8 September 2004.
 
< Sebelumnya