MUKA DEPAN arrow AKTIVITI arrow 2011 arrow Profile Panglima Tentera Darat ke-22, Jeneral Datuk Muhamad Ismail Hj. Jamaludidn
12 UBAT(AW)
MUKA DEPAN
KEANGGOTAAN
AKTIVITI
WEB ALBUM
CARIAN
KERATAN AKHBAR
HUBUNGI KAMI
Login





Katalaluan hilang?
paparan

12 Kompeni Medan Perubatan (AW)
USM Kampus Kesihatan
Kubang Kerian
16150 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7663000/7663500
Ext: 3081/3930/3929
Fax: 09-7658141


Sesuai untuk
Mozilla Firefox 1.5+
MS IE 5.5+/
Nescape 7.0+,
Resolution 1280x1024


Profile Panglima Tentera Darat ke-22, Jeneral Datuk Muhamad Ismail Hj. Jamaludidn
Ditulis Oleh Administrator   

Image Profile Panglima Tentera Darat ke-22, Jeneral Datuk Muhamad Ismail Hj. Jamaludidn

Sumber: BTDM Januari 2007 

Jen Datuk Muhammad Ismail Hj Jamaluddin telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) mulai 01 Feb 07. Sebelum memegang jawatan PTD Jen Datuk Muhammad Ismail merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. Beliau dilahirkan pada 21 Sep 52 di Johor Bahru, Johor. Beliau menjalani Latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi pada 09 Jun 70 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Batalion Ke-8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 16 Apr 71. Jen Datuk Muhammad Ismail telah memegang beberapa jawatan penting di sepanjang perkhidmatan beliau dengan cemerlang. Di peringkat batalion, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Platun, Ketua Kompeni dan Pegawai Memerintah di samping beberapa jawatan staf. Beliau juga memegang jawatan staf di Markas Tentera Darat (MK TD), Markas Latihan dan di peringkat formasi. Semasa di MK TD, beliau telah memegang jawatan Pegawai Staf 2 Rancang dan kemudiannya sebagai Pegawai Staf yang bertanggungjawab darihal peralatan di Jabatan Arah Infantri. Seterusnya beliau telah menjawat sebagai Kolonel Alat dan kemudiannya sebagai Kolonel Inspektorat di MK TD sebelum dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral. Di pusat pusat latihan beliau pernah berkhidmat sebagai Jurulatih Kanan di Sekolah Pegawai Kadet, Staf Juruarah di Cawangan Pengurusan, IPDA dan Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera. Di peringkat formasi beliau memegang jawatan Pegawai Staf 1 Operasi dan Latih di Markas 3 Divisyen. Jen Datuk Muhammad Ismail telah dilantik sebagai Panglima 10 Briged Para mulai 1 Jan 99 hingga 2 Jan 2000, serta sebagai Panglima 3 Divisyen Infantri mulai 18 Ogos 03 hingga 28 Mei 04. Beliau juga telah memegang jawatan Assisten Ketua Staf Perancang Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 29 Mei 04 hingga 25 Jan 05. Jen


Datuk Muhammad Ismail telah dipilih untuk berkhidmat di Bosnia Herzegovina sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (MALCON IV -SFOR) mulai 11 Jun 97 hingga 31 Dis 97. Di sepanjang perkhidmatan beliau yang cemerlang, Jen Datuk Muhammad Ismail telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Ahli Mangku Negara (AMN), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Mangku Negara (KMN), Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB), Setia Mahkota Johor (SMJ), Dato Setia Diraja Kedah (DSDK), Johan Mangku Negara (JMN), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Darjah Gemilang Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Dato’ Wira, Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk dan Darjah Dato’ Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ). Jen Datuk Muhammad Ismail telah menghadiri beberapa kursus dalam dan luar negara. Beberapa kursus penting yang telah beliau hadiri adalah Army Staff Course Grade 3 di New Zealand, Kursus Taktik Semua Perkhidmatan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Malaysia, Army Staff Course Div 2 and Staff College di United Kingdom dan Joint Service Staff College di Australia. Beliau juga telah memperolehi ijazah Master In Management dari Asian Institute of Management, Manila pada 12 Mei 96. Beliau juga telah menghadiri Senior Defence Management Course di India mulai 3 Jan 2000 hingga 12 Feb 2000. Jen Datuk Muhammad Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Rosmalisa Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu dua perempuan dan satu lelaki. Hobi beliau adalah membaca dan sukan kegemaran beliau adalah golf.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >